THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, October 3, 2013

DIRI

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


ASSALAMUALAIKUM W.B.T

haa bertemu kembali. selang beberapa jam je update blog. rajin nau kan. saja suka suka. bukan ada org baca pun kan. syiok syiok sendiri sahaje. haha ;) takpa la. syiok sendiri pun syiok sendiri lah. ada aku kehsah? yg penting tak kacau org. nak baca, alhamdulilah. xnak baca sikit pun aku x kesah. blogging ni macam 'bau kentut di angin lalu' peribahasa aku. haha. bau kentut yg tengah saket kaw kaw, tapi angin kuat bawak pegi bau kentut kau tu. effect tak? tak kan. yg penting lega melepas angin. hey hey apa lah main kentut kentut nih please laa. sebenarnya nak update blog sebab dapat ayat best utk santapan hati dan emosi aku yg galau ni. semak, serabut, kusut. apa ayat dia? jom ! mataku menyimpan berjuta airmata, senyumku tersembunyi berjuta rahsia, deriaku peka berjuta kata-kata nista,

tanganku mengenggam berjuta cita-cita,
hatiku tercalar berjuta luka
kakiku melangkah secara terpaksa, perasanku menjerit meronta,
siapa yang percaya?siapa yang masih bersama?siapa yang setia?
tak siapa dapat meneka,
apa yang aku rasa? apa yang aku derita? apa yang aku bahagia? yang tahu segalanya hanya Allah yang Maha Esa

Wednesday, October 2, 2013

JATUH dan BANGUN. SENYUM dan KETAWA itu KEHIDUPAN

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
haii blogger sekalian. woww sangat lama ye saya x update blog. rase mcm dah tertinggal jauh je. org semua dah pakai nuffnag segala bagai dengan menu bar semua. dan aku? masih begini. biar lah. belum berkesempatan utk mem"improved" blog aku nie. banyak nau kekangan nyer. masa, line internet yg sangat mencabar ketahanan emosi dan belum sampai seru mood nak buat itu ini dgn blog ni. jadi aku biarkan lah blog aku ni old old scholl gituuu. LANTAKKAN hewhew :3

berbalik kepada tajuk entry kali ni yang sangat luas skop nya. KEHIDUPAN


bagai mana hidup aku sekarang?
apa yg jadi masa final sem aku?
berjaya kah aku? adakah aku konvo on time?

JOM lets go!
.

-bagaimana hidup aku sekarang? sihat. masih bernyawa. masih mempunyai sepasang tgn,10 jari, sepasang kaki, sepasang telinga, sepasang mata. hidung, mulut dan yg lain2. alhamdulilah ! syukran

-apa yg jadi masa final sem aku? 3persalinan sempat jugak aku buat walaupun bermacam2 harus aku lalui. bukan mudah ye nak habiskanfinal project diploma. sempat jugak aku memperagakan buatan aku sendiri. menagis2 buat. walaupun bkn aku yg menang malam tu. perit yg aku lalui. namun pengalamn dan banyak pengajaran, ilmu yg aku dapat. fuh nak cerita satu satu mau lengoh tangan nie menaip. cukup la setakat tu.

-berjayakah aku? aku kira berjayalah aku menamatkan DIPLOMA IN FASHION DESIGN,UiTM. alhamdulilahh. syukur sangat sangatttttt ! dah kalau berjaya confrm la konvo on time. tapi tataw la pegi ke tidak aku ni. 9.11 konvo aku. istiadat konvokesyen yg ke 79. hmmmmmmmm. ade rezeki, ada jodoh dgn s.i ada lah aku. INSYALLAH.

-ada lagi soalan. now dah habis dip buat ape? sambung deg? dah habis dip dalam bulan 4 camtu, aku kerja sekejap kat 99speedmart. my very first time kerja dgn org. beside aku kerja sekali dgn sahabat merangkap "BFF" aku. cashier je pun. larik habis dgn dip aku. nak pengalaman dan keyakinan ngadap org. kerja lah aku kat situ. yang kawan aku nie dia kerja utk cuti sem je. dia berhenti aku still kerja but susah sikit. sbb transportation punya hal. so aku decide utk berhenti seminggu sebelum puasa tak silap aku. lepas raya hingga lah sekarang. aku bkn tanam anggur ye. aku jadik tukang jahit a.k.a tailor sepenuh masa. buat la aku itu ini hingga hari ini utk majukan bisness mama aku.


okay dah habis soalan. tu je? nak lagi ke? kasik lagi la ea? sebab dah lame xupdate punya pasal. moh kite cerita lagi. mohon baca sampai habis. aku ade cerita menarik nak share dgn korang. harap bila bace ni korang hargai apa yg korang ada sekarang. nasihat utk diri sendiri jugek. paku dulang,paku serpih. kate org, aku yg lebih. haha. ok let begin !!

Hidup.. Jatuh dan Bangun


Hidup.. siapa kita yang boleh menjamin kebahagian dan kekayan hidup kita. naik turun itu biasa. hari ni kita susah, esok barangkali kita senang. hari ini kita jatuh, besok kita bangun. kita jatuh lagi.. bangun lagi. dan jatuh lagi dan bangun lagi. itu la kehidupan. MISKIN itu ujian. KAYA juga ujian dari Allah s.w.t.

aku nak share cerita aku, yang mana aku sendiri yang lalui dan hadapi.

satu petang. dalam lepas asar mcm tu.
 LOKASI ; Maybank,Nilai


masuk masuk pintu masuk. pergh mcm kebiasaanya lah. beratur kemain !. ade tiga cdm. tiga tiga kena beratur. tu pasal la kalau nak bank in duet je. mama mesti ajak aku teman. dalam kereta. akan ada keluhan "eee mama malaih betui nak p maybank ini. parking susah. oghang ramai."  keluar loghat utara mama yg tak boleh dibuang walaupun sudah lebih 20 tahun berhijrah. meninggalkan kg. itu la mama. pasti keluhan yg sama tiap kali aku menemani mama. pasti amat yakin pasti. tu yg mama ajak aku teman, senang. parking samseng asal boleh org lalu. turun kan aku. so xrisau la kereta calar ke kena saman ke ape. itu guna nya aku dalam peranan cerita ni. tapi bukan cerita maybank yg ramai org dan susah nak parking tu yg aku nak share tapi cerita pasal........

sambung balik. beratur laaaaa aku menunggu giliran nak buat deposit tunai. sampai turn aku. aku buat la urusan aku. gaya nak habis je urusan aku. ade sahutan dari belakang. "dik, tolong makcik boleh. makcik tak reti la nak buat ni" aku tidak menoleh namun aku balas jugak pinta makcik tadi. "sekejap ye cik" "sekejap" habis je urusan aku. keluar je resit. baru aku menoleh. dari penampilannya aku sudah boleh meneka dia berkerja sebagai apa. tudung bawal cream lusuh. berpin didagu diikat sikit bahagian bawah tudung. baju uniform biru cair yg terbuka beberapa butang di leher menampakan baju salinan di dalam .didada kiri ada nama syarikat. seluar slek sedikit besar. dan pelindung kaki,kasuh getah yang nenak aku bawak g bilik air. cleaner, atau kerja kontrak. sayu je hati ni. ditangan nya ada dua keping not kertas 20 yg dibetulkal dari keronyokan dan 10 yang agak baru. dihulur ke aku duit tu. "tolong acik ye. acik xreti. ni anak yang suruh masukkan. baru minggu lepas masukan 100 ni minta lagi" aku diam seketika huluran nya ku terima dgn senyuman. dibalas senyuman juga. sepet sikit wajah tua tu. dapat aku rasakan ikhlasnya senyuman tu. not not kertas td bertukar tangan. mesin cdm tadi sudah menjerit diminta masuk kan nombor. aku bersuara "nombor dia cik" dia hulur sebuah handfone nokia yg  xde warna. lampunya warna kuning. phone tu mase aku zaman sekolah rendah kot weh. aku rase dah xjual dah. aku pun menekan satu persatu no takot silap masuk acc lain pulak. dah satu hal. keluar la nama. aku sebut. makcik tu mengia berberapa kali dan menyebut nama tanpa pandang ke skrin cdm tu. dah sah. aku tekan ya. cluckk bunyik mesin cdm tu tanda sedia utk menelan not not kertas. saja aku pastikan kembali ke makcik tu '50 ye cik' takot pulak aku tercicir ke. 'ak'ah dik, 50 ringgit ni je ada. acik bagi semua' berhenti sekejap bila mesin cdm tu mengira duet. diulang ayat tadi 'minggu lepas dah bg, minguu ni mintak lagi' dengan suara yg ditahan2 sebak aku tanya 'anak acik belajar ke?' hanya anggukan. 'biasa la belajar banyak pakai duit,sy dulu pun mcm tu' aku berlagak biasa. selesai semuanya. aku ambil resit. aku bagi makcik td. terakhir hanya "TERIMA KASIH,nak" yang keluar dari mulut nya. aku menuju ke kereta.sempat ku menoleh ke belakang. makcik tadi masih di depan maybank. telipon anak nya. beritahu duit dah masuk barangkali. dengan perasan yg sebak akan masuk kereta terus aku cerita kat mama. mama senyum sambil cakap 'macam tu la mama nak masuk kan duit masa kau belajar dulu. kadang2 berkira kira nak p masuk 50 je' 'minggu lepaih baru ja bagi,hari ckp duit nak makan dah takdaq'. hmm cerita pasal xcukup duit,kami adk beradik mmg takan mintak kat mama. mama yg mcm tahu tahu je. mama akan tanya dah makan. then explain la. duit kesitu sini situ sini so duit nak makan dah takde. perjalanan pulang tu aku mcm teringat2 wajah makcik td. aku bersuara. 'kesian makcik td ma' 'duit dia keronyok2. tp sepuluh ringgit je nampak mcm baru keluar. mama bersuara 'mungkin makcik tu pinjam mana mana kawan dia? dalam bank ada 10 je tp xkan nak bg 10 je kat anak' hati aku menjerit. 'alhuakbar !' mengertilah aku kini. susah mencari duit. terima kasih makcik, datang xsampai 15minit tapi boleh menyedarkan saya.

kehidupan. mama selalu cakap. kalau kite rase kite susah, ada orang lagi susah dari kita. tudia jangan merungut. kata mama. hmmm betul sangat ape yg mama ckp tu. susah nye nak carik duit. merasa lah aku. 5ringgit upah jahit tudung. tu pun aku kesian nak tolak mahal. 10 kat mama. aku amek 5ringgit je. ajar tuisyen. merasa lah aku peritnya carik duit. masa kat 99speedmart dulu pun sama buat ot x cuti seminggu sampai demam. penat woi carik duet. sapa ckp carik duit senang? mencuri duit pun susah lagikan pula nak cari duit. hmm

nie isu semasa. harga minyak naik 20SEN PER LITER. marah betul aku bila ada manusia yg cakap. jgn nak merungut la minyak naik 20SEN. 20SEN je kot. nanti hang nak buh minyak motor 5 ringgit. hg bawak 4.80. aku tambah lagi 20SEN. alla apeee la singkat sangat awak ni. yang naik tu 20SEN seliter bangg oi. bukan 20SEN sekali isi. adehh -.-''
naik 20sen pun. ia tetap duit. mungkin pada anda "ah 20sen je".  tapi bagi yg berkeringat dan yg berusaha kehulur hilir bagaimana? walaupun 20SEN.



*setelah carian aku dekat mr google dapat aku gamba telipon makcik yg kat bank tu. yg ni up sikit dari 3310





wallahualam.



Wednesday, March 6, 2013

lalalalala. kerja la

6.04 pagi. aku masih tak tidurr. cari idea. kerja. online. semua nye. huhh -.- bertahan mate bukan ape. aku takot tak terjaga subuh. baik aku search ape yg patot buat kerja sikit.

meh nak cerita sikit pasal FINAL semester aku as FASHION student kat UiTM nie.

name pun final. dah tentu banyak dugaan. fuhh dugaan yg bukan sikit2 wey. dugaan berat. sampai nages2 nak berhenti kate kau. tapi dgn pegangan dan sokongan yg kuat aku masih disini. hurmm. masalah ape??rase nye tayah aku cerita kott. org yg dekat2 je tahu. ermm okay tema final sem nie. local event/ festival. category pakaian ape. depend. sem nie aku tak nak la buat macam sem sem lepas. kate nak buat muslimah. alih2 tak jadi. so mula2 decide nak buat tok pompuan biasa, sekali discuss punya discuss dgn lec. dia kate better aku amek perempuan bertudungg. uuuuuuuuuuuuuuu. nak taknak. aku telan. aku hadap. aku percaye ade hikmah di sebalik nyer. walaupun aku tahu agak sukar nak mendesign tok wanita yg bertudung nie. bukan setakat tutup kepale jerr. ade syarat2 nyer.. ermm semoga ALLAH melancarkan segalanye. amin2 ya-robb.

ok laa sampai situ je dulu kay dear reader. aiceyy mcm ade reader je. haha :D k.la sampai situ je dulu. mukadimah baru tu. nanti kite sambung lagi k.